Hebahan INNOVATION AND PROJECT DISPLAY SESI DISEMBER 2014

Selamat petang dan salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa Program Innovation And Project Display bagi sesi Disember 2014 telah dipersetujui untuk diadakan pada:

Tarikh : 24 hingga 25 Mac 2015
Tempat : Dewan Jubli Perak dan Jubli Square

  • Berikut adalah keputusan mesyuarat pertama yang telah diadakan pada 24 Februari 2015:
  • Sebanyak 10 program (yang ada projek semester akhir) akan menyertai pameran.
  • Setiap program akan menghantar 5 kumpulan terbaik untuk pameran/pertandingan. Proses pemilihan terlebih dahulu dijalankan di peringkat jabatan melalui penilaian projek semester akhir.
  • Untuk pameran inovasi, sebanyak 20 booth pameran yang akan disediakan. Pameran Inovasi dibuka kepada pelajar serta staf PKS dan kumpulan pelajar daripada sekolah angkat.
  • Proses penilaian inovasi terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Teknikal dan Bukan Teknikal.
  • Proses penilaian akan melibatkan Pensyarah Pelawat Industri, Felo Industri serta wakil Pihak Industri yang akan diundang khas.
Mohon staf terutamanya penyelaras dan penyelia projek semester akhir untuk memaklumkan kepada pelajar semester akhir tuan/puan.

Brochure program akan diedarkan pada masa terdekat.



@



1 comments - Skip ke Kotak Komentar

Math2ever said...

it will be great to have this...

Post a Comment - Back to Post

Hebahan INNOVATION AND PROJECT DISPLAY SESI DISEMBER 2014